Ziarah Khususi..
Assalamualaikum kawan2 sume..
Dah sekian lama aku tak jenguk warga KUO kat UPSI. Alhamdulillah kali ni aku berpeluang sekali lagi menjenguk adek2 aku kat sini. seronok jumpa diorang terutama jumpa MAN adek kesayangan ku dan juga ZUL sahabatku. Alhamdulillah nampak mereka sume gembira jumpa dengan ku.
Aku terharu melihat mereka ni sume. Terutamanya adek2 ku yang dalam kesibukkan persiapan exam tapi masih meluangkan masa untuk fikirkan tentang ummat islam yang semakin jauh dari agama. sampai je aku kat KUO ni malam tadi aku berpeluang dok dalam mesyuarat mereka.
Aku harap korang sume sama2 doakan mereka warga KUO ni semoga dimudahkan segala urusan mereka dunia akhirat. mereka telah ambil satu keazaman untuk sediakan beberapa orang kawan untuk keluar 40 hari di jalan Allah. Sama2 kita doakan mereka semoga ke azaman mereka tercapai.Ameeeen..
Jap lagi aku akan tinggalkan lagi KUO. Sedih rasanya hati nak tinggalkan KUO ni. Tak tahu la, bila la pulak aku akan berpeluang mengunjungi KUO ni. Aku betul2 terharu dan tertambat hatiku dengan kasih sayang yang mereka tunjukkan. Semoga Allah tambahkan kasih sayang ni semata-mata kerana Allah.
Nak balik dah…Assalamualaikum sume..